BCC Tidak Setuju Jika Kadar Faedah BoE Dinaikkan Terlalu Awal

71

Ekonomi Britian hanya menunjukkan sedikit petanda untuk keluar daripada kelembapan dan adalah satu perkara yang luar biasa jika Bank Pusat England (BoE) mempertimbangkan untuk naikkan kadar faedah, kata Dewan Perniagaan British (BCC).

Berdasarkan data kaji selidik perniagaaan suku tahunan BCC, jualan dalam sektor perkhidmatan yang memberi pulangan terbesar dalam ekonomi berada dalam keadaan stabil pada suku tahun ketiga. Namun, hanya menunjukkan sedikit kesan pada tekanan pembayaran atau pelaburan yang mana dalam tinjauan BoE kedua-dua komponen ini akan meningkat pada tahun hadapan.

Secara keseluruhan BCC menganggap kaji selidik tersebut tidak memberi sebarang inspirasi apabila jelas perniagaan British masih terkesan  dengan ketidaktentuan politik, matawang yang turun naik dan Brexit.

Walaupun ekonomi UK sudah dijangka akan bergerak perlahan selepas undian mereka untuk keluar daripada Kesatuan Eropah pada tahun 2016, namun tahun ini merupakan tahun yang sukar kepada Britian apabila laporan prestasi pertengahan tahun berada di paras paling teruk sejak tahun 2012 yang lalu.

BCC juga mengatakan tekanan harga dalam syarikat telah meningkat, dan dilihat hampir mencapai paras tertinggi tidak lama lagi.

“Berdasarkan tinjauan kami, adalah seasatu yang luar biasa untuk BoE mempertimbangkan kenaikkan kadar faedah,” kata Suren Thiru, ketua ekonomi BCC.

Pada September lalu, BoE berkata kadar faedah mungkin akan dinaikkan beberapa bulan lagi jika ekonomi terus berkembang dan tekanan harga terus meningkat. Kebanyakkan ahli ekonomi menjangkakan perubahan akan dibuat pada mesyuarat November, dan sebahagian turut mengatakan BoE akan melakukan kesilapan jika bertindak terlalu awal.

“Kami akan lebih berhati-hati terhadap pengetatan polisi yang terlalu awal, yang mana akan menjatuhkan keyakinan perniagaaan dan pengguna, sekali gus melemahkan pertumbuhan ekonomi UK” jelas Thiru lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat