Beberapa Jam Menjelang Keputusan Lanjutan Perjanjian Pembekuan Bekalan Oleh OPEC, Minyak Mentah Melonjak!

39

Minyak mentah mencatatkan keuntungan awal dalam sesi Asia pada Khamis menjelang pertemuan OPEC dan beberapa pengeluar utama di Vienna disamping pasaran terus menjangkakan bahawa persetujuan untuk melanjutkan perjanjian pemotongan bekalan bakal dicapai di dalam mesyuarat terbabit.

Minyak mentah di New York Merchantile Exchange bagi penghantaran Jun meningkat sebanyak 0.70 peratus kepada $51.72 setong manakala Brent mentah melonjak sebanyak 0.80 peratus kepada $54.37 setong.

Lukman Otunaga di FXTM Research memaklumkan bahawa harga minyak masih terperangkap di antara keyakinan terhadap lanjutan perjanjian dan peningkatan jumlah minyak syal di AS.

Menurut beliau lagi, kenaikan jumlah pengeluaran merupakan ancaman terbesar kepada perjanjian OPEC buat masa ini. Walaupun masih terlalu awal untuk mengatakan sesuatu mengenai perjanjian OPEC, peningkatan pengeluaran bekalan di AS telah lama mencengkam pasaran minyak mentah global.

Semalam, harga minyak mentah telah dicatat lebih rendah pada Rabu walaupun inventori minyak mentah di AS dilaporkan menjunam daripada EIA.

Bagi minggu berakhir 19 Mei, EIA berkata bahawa inventori minyak mentah menjunam sebanyak 4.43 juta tong berbanding jangkaan penurunan sebanyak 2.4 juta tong.

Sementara itu, inventori petrol menurun sebanyak 0.485 juta tong berbanding jangkaan penurunan sebanyak 0.74 juta tong.

Data ini dikeluarkan sehari sebelum pertemuan OPEC di Vienna. Dalam masa yang sama, crude futures telah melonjak melebihi $50 setong kerana pelabur pasaran ini yakin bahawa OPEC akan berusaha untuk melanjutkan perjanjian pemotongan bekalan bagi tempoh yang agak lama.

Ulasan Minit Mesyuarat FOMC, USD Lemah Sebaik Laporan Dikeluarkan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat