Bekalan LUNA Susut Ke Paras Terendah Sepanjang Masa, Petanda Positif Untuk Meroket Tinggi!

892

Token natif rangkaian Terra; LUNA mencatatkan penurunan dalam bekalannya ke paras terendah sepanjang masa (ATL) pada Selasa.

Penganalisis menyifatkan ini satu indikator yang positif membuktikan projek kripto tersebut mendapat perhatian walaupun timbul kebimbangan sejauh mana ia mampu bertahan.

Berdasarkan perhatian penjejak data, Smart Stake, bekalan LUNA dalam kitaran semasa telah susut mendadak dari 355 juta pada bulan sebelumnya kepada 346 juta.

Sedangkan pada November 2021, Terra mencapai jumlah tertinggi sebanyak 482 juta LUNA.

Manakala koin yang tersedia dalam pasaran dan bukan untuk dikunci bagi tujuan stacking telah susut di bawah paras 90 juta LUNA buat pertama kali dalam sejarah projek Terra.

Apa yang akan berlaku?

Pada 5 April, pasaran kripto menyaksikan harga LUNA melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada rekod $119 ekoran daripada pergerakan besar dan pengurangan bekalan LUNA yang mendadak.

Barangkali dapatan data dari Smart Stake yang terkini menunjukkan potensi untuk LUNA kembali menebus kedudukan sebelum ini.

Apa-apa pun, LUNA masih terikat dengan UST kerana cirinya yang mengekalkan nilai UST bersamaan $1.

Apabila UST bernilai lebih $1, LUNA akan dibakar untuk hasilkan UST. Begitu juga sebaliknya jika permintaan UST rendah dan menyebabkan harga susut di bawah $1, stablecoin itu akan dibakar untuk hasilkan LUNA.

Setakat pada hari ini, UST telah mencapai paras nilai pasaran bernilai lebih $18 bilion dari $2 bilion pada tahun lepas. Manakan tidak, kehadiran protokol Anchor di Terra membawa tuah dengan tawaran yang disediakan – 19.5% pulangan tahunan.

Pun begitu, ia bersyarat. Pelabur perlu mendapatkan LUNA sebelum membakarnya untuk dapatkan lebih banyak UST.

Ketika penulisan, LUNA mencatatkan nilai dagangan, $89.82, meningkat lebih 1% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat