Bekas CEO FTX Merana Di Bawah Tahanan Rumah!

183

Ok la tu tahanan rumah pun, boleh luangkan masa dengan keluarga.”

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FTX, Sam Bankman-Fried (SBF) yang sentiasa disebut oleh kebanyakan pelabur telah dibebaskan dengan bon $250 juta selepas menampilkan diri di mahkamah persekutuan Manhattan pada hari Khamis.

Sementara SBF juga dilaporkan telah berada di bawah tahanan rumah Palo Alto yang dikongsi bersama bapa beliau, Joseph Bankman dan ibunya Barbara Fried, profesor Undang-undnag Universiti Standford.

Tindakan itu dilaksanakan selepas pihak berkuasa Bahamas menyerahkan SBF yang berusia 30 tahun kepada pegawai AS pada hari Rabu.

Dimaklumkan bahawa keputusan telah dibuat oleh Hakim Gabriel Gorenstein dari Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) yang melihat SBF meninggalkan tempat kediamannya di Bahamas untuk dibicarakan mengenai beberapa pertuduhan.

Antara senarai kesalahan beliau adalah penipuan wire, konspirasi, pengubahan wang haram dan pelanggraan kewangan kempen undang-undang yang secara keseluruhannya beliau dijangka dikenakan hukuman penjara selama 115 tahun.

Pendakwa raya turut menyebut bahawa SBF hanya dibenarkan keluar daripada rumah itu untuk bersenam, penjagaan kesihatan mental serta rawatan penyalahgunaan dadah, namun dilarang membuat transaksi melebihi $1,000.

Menurut Penolong Peguam AS Nick Roos pula, SBF diarahkan untuk hadir ke perkhidmatan pra-percubaan pada hari Jumaat 10 pagi di Daerah Utara California.

Suka dimaklumkan bahawa nilai FTX susut daripada $32 bilion kepada $1 bilion susulan pemegang token FTT telah menjual sejumlah asetnya berikutan terdapat khabar yang mengatakan SBF menggunakan deposit pelanggan untuk membiayai pertaruhan pelaburan Alameda Research.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat