Bekas Eksekutif Ripple Bakal Terajui Projek CBDC Bank Pusat Australia!

288

Reserve Bank of Australia pada hari Isnin mengeluarkan ‘white paper’ untuk projek perintis mata wang digital bank pusat (CBDC) (eAUD) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Koperasi Kewangan Digital (DFCRC). Apa yang menariknya, CBDC ini akan diterajui oleh bekas eksekutif Ripple, Dilip Rao.

Sementara itu, harga XRP menyaksikan peningkatan baru-baru ini berikutan kes kehakiman SEC vs Ripple hampir kepada kesimpulan. Jumlah dagangan harian XRP melonjak melebihi $6 bilion, mendorong harga meningkat lebih 40% dalam masa seminggu.

RBA dan DFCRC akan menjalankan projek perintis ini untuk mengenal pasti kes penggunaan dan memahami aspek teknologi, undang-undang dan kawal selia CBDC eAUD. Bank pusat menjemput peserta industri untuk turut sama dalam penggunaan CBDC dalam ekonomi dan sistem kewangan Australia menjelang 31 Oktober.

Menurut DFCRC, sekurang-kurangnya 12 kes penggunaan akan dipilih untuk penyelidikan lanjut pada 31 Disember. Kes penggunaan mesti mematuhi semua undang-undang dan peserta industri harus memegang semua lesen dan permit yang diperlukan. Selain itu, uji cuba akan bermula pada 1 Januari dan laporan akhir akan dibentangkan pada 30 Jun tahun depan.

Apa yang menarik, penyelidikan perintis diketuai oleh bekas eksekutif Ripple, Dilip Rao sebagai pengarah program projek CBDC. Rao merupakan individu penting yang menyumbang kepada penggunaan XRPL Ripple oleh pasaran perbankan dan kewangan dari 2014 hingga 2019. Beliau percaya sistem penyelesaian XRPL mempunyai keupayaan dalam CBDC. Atas dasar itu terdapat kemungkinan eAUD akan dibina di atas XRPL.

Harga XRP sebelum ini menyaksikan lebih 40% minggu lepas kerana para pelabur dan kelompok jerung percaya Ripple akan memenangi tuntutan mahkamah terhadap SEC. Selain itu, kedua-dua Ripple dan SEC telah memfailkan usul untuk ringkasan kesimpulan penghakiman.

Semasa penulisan, XRP didagangkan pada $0.46, turun hampir 6% dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat