Bekas FOMC William Dudley Suarakan Pandangan Kontroversi Mengenai Isu Ekonomi Amerika Syarikat!

324

Bekas Presiden Fed New York, William Dudley  mengeluarkan pandangan peribadi beliau pada hari Selasa tentang situasi bank pusat. Beliau telah mencadangkan the Fed agar tidak ikut masuk campur dengan permainan perang dagang Presiden Donald Trump dengan China.

Dudley menyatakan bahawa perang dagang adalah sebuah bencana yang direka untuk ekonomi Amerika Syarikat. Beliau menambah, dengan objektif the Fed untuk mencapai ekonomi yang sihat, the Fed seharusnya menahan daripada melanjutkan pemotongan kadar faedah bagi menghambat presiden Trump daripada meningkatkan ketegangan perdagangan.

Pandangan yang dikeluarkan oleh Dudley ini merupakan pandangan yang kontroversi namun bekas pegawai the Fed itu tidak berhenti disitu. Beliau turut mencadangkan agar the Fed mempertimbangkan tindakan yang akan mengurangkan peluang pemilihan Trump sebagai Presiden sesi seterusnya.

“Jika dasar monetari bermatlamatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada jangka masa panjang maka pegawai-pegawai the Fed harus mempertimbangkan tentang bagaimana keputusan mereka akan mempengaruhi keputusan politik pada 2020.” – Dudley.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat