Bekas Penasihat Trump Tipu Orang?

232

Bekas penasihat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump iaitu Steve Bannon ditahan dan didakwa selepas terbabit dalam kes penipuan melibatkan kempen kutipan dana untuk membina tembok di sempadan AS-Mexico.

Lapor BBC memetik kenyataan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) sebagai berkata, Bannon dan tiga lagi suspek didakwa menipu beribu ratus penderma kempen ‘We Build The Wall’ membabitkan wang bernilai AS$25 juta.

Tambah kenyataan itu, Bannon menerima lebih AS$1 juta, yang digunakan untuk perbelanjaan peribadinya.

Bagaimanapun, Bannon mengaku tidak bersalah di mahkamah.

Bannon yang dibebaskan secara ikat jamin, merupakan penggerak utama kejayaan pilihan raya Trump pada 2016. Ideologi anti pendatang oleh Bannon menggerakkan kempen ‘America First’ ketika itu.

Bannon ditahan di sebuah kapal layar dikenali sebagai ‘The May’ di Connecticut oleh ejen US Postal Inspection Service, yang menyiasat kes penipuan.

Sementara itu, pengasas kempen berkenaan, Brian Kolfage mengambil AS$350,000 daripada duit kempen tersebut.

Trump ketika diminta memberi komen mengenai penahanan Bannon, Trump berasa ‘sedih’ dan menegaskan beliau tidak mempunyai kaitan dengan kempen terbabit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat