Bekas Presiden ECB Ini Menyangkal Tohmahan Oleh Bekas Pengerusi The Fed

58

Bekas Presiden ECB, Jean-Claude Trichet menafikan bahawa Zon-Eropah sedang menghadapi masalah, tetapi berpendapat blok tersebut memerlukan perubahan yang cepat untuk mempertahankan diri daripada ancaman seperti ‘populisma’.

Bercakap dengan ‘Business Insider Deutschland‘, Trichet mahu Zon Eropah mempunyai menteri kewangan sendiri, seperti juga parlimen Eropah walaupun setiap negara di Zon itu mempunyai parlimen sendiri.

Perpaduan di Eropah adalah penting untuk pertumbuhan, kemewahan dan pekerjaan lebih dari sebelum ini. Kata Trichet.

Trichet sebagai ahli paling senior dalam ECB pada tempoh 2003 sehingga 2011 telah membantu ECB untuk menangani krisis kewangan dan krisis hutang di Zon Eropah.

Sebelum ini, bekas Pengerusi Federal Reserve, Alan Greenspan memberi amaran dengan berkata, “The Eurozone is not working“. Dalam kata lain Zon-Eropah atau Kesatuan Eropah (EU) tidak berfungsi. Beliau menyatakan kebimbangannya tentang kekuatan ekonomi yang tidak seimbang dalam penggunaan ‘satu matawang’ di kalangan negara Zon Eropah.

Ketidakseimbangan ini meliputi semua negara dari utara ke selatan Zon Eropah, dengan negara yang lebih maju seperti Jerman menampung dana negara-negara di selatan. Dalam hal ini Greenspan berpendapat ia tidak boleh terus berlaku.

Trichet menyatakan keyakinan dengan mengatakan,” Saya tidak percaya Zon Eropah mengalami masalah, lebih-lebih lagi masalah yang telah wujud lamanya”. Beliau menambah matawang Euro terus kukuh menghadapi krisis kewangan sebelum ini dan meningkat nilai dalam tempoh tersebut adalah bukti ketahanan matawang ini”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat