Beli Saham The Inside Scoop, Lepas Ni Farm Fresh Nak Jual Aiskrim Pula?

351

Mungkin ada yang tak pernah dengar lagi nama ‘The Inside Scoop’ yang biasanya terkenal di kalangan penggemar aiskrim.

Namun, berita mengenai cadangan pengambilalihan The Inside Scoop Sdn Bhd (TISSB) oleh Farm Fresh Bhd (FFB) pada hari ini (Khamis) telah mendapat perhatian pelabur tempatan.

Terbaharu, FFB mengumumkan ia telah memeterai perjanjian pembelian saham dengan pengasas bersama TISSB Edmund Tan Jun Hua, Derrick Wu, dan Harsh Rajpal, untuk memperoleh 53% pegangan ekuiti untuk RM68.4 juta.

Setelah cadangan dimuktamadkan, TISSB akan menjadi anak syarikat FFB dengan pemilikan 65% saham, manakala baki 35% lagi kepentingan akan dipegang oleh pengasasnya, Edmund Tan.

Ekoran daripada pengambilalihan ini, penganalisis Maybank Investment Bank (IB) melihatnya sebagai satu langkah baik yang akan meningkatkan pendapatan buat FFB.

Bukan itu sahaja, ia juga akan menawarkan pelbagai sinergi perniagaan yang positif merentas rantaian nilai sedia ada buat syarikat tenusu itu, selain berpotensi menembusi ke dalam pasaran ais krim CPG (consumer packaged good).

The Inside Scoop adalah salah satu rangkaian aiskrim yang terkenal di Malaysia, dengan 35 cawangan di seluruh negara. Aiskrimnya digemari kerana gabungan perisanya sesuai dengan citarasa tempatan.

Setakat penulisan, saham Farm Fresh naik 0.6% kepada RM1.60.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat