Beliau pernah jangkakan “4 Market Crash” dengan tepat, beri amaran 3 tarikh patut risau tahun ini

277

Beliau pernah menjangkakan empat “Market Crash” dengan tepat sebelum ini. Kini beliau memberitahu akan terjadi sebuah peristiwa yang lebih besar pada 3 tarikh ini.

Beliau adalah Sandy Jadeja, seorang penganalisa teknikal dan juga ketua strategik pasaran di Core Spreads.

Penganalisa teknikal melihat pada pinpoint dan pattern sesebuah pasaran dan aset. Dari sana mereka akan analisa kemana price akan bergerak seterusnya.

Photo Credit: Businessinsider
Sandy Jadeja. Photo Credit: Businessinsider

Biasanya penganalisa teknikal tidak dapat memberitahu kenapa ia bakal terjadi, atau apakah jenis peristiwa ekonomi yang sedang berlaku, tetapi biasanya akan terjadi seiring dengan sesuatu “big event”.

Sekarang beliau memberitahu ada 3 tarikh lagi untuk dirisaukan.

1. 26 Ogos ke 30 Ogos 2016.

2. 26 September 2016.

3. 20 Oktober 2016.

“Peristiwa yang bakal terjadi ini sangat menarik. Sekarang pun kita sedang melalui banyak “condition market” yang tidak tentu arah, baik dari segi matawang ataupun komoditi, dan kita boleh lihat harga rumah mencanak naik. Semua peristiwa ini kita pernah lihat sebelum ini,” kata Jadeja dalam temuramah dengan Business Insider.

Track record beliau sebelum ini.

Pada tahun 2005, beliau memberi amaran tentang “Market Crash” kepada 2,000 pelabur ketika berucap di Shaghai, China, dalam sebuah Traders Expo di New York dan juga dalam sebuah majlis bersama Bank dan Investment House di Dubai. Beliau memberi amaran tersebut 8 minggu sebelum ia benar-benar terjadi.

Paling terbaru adalah pada 31 Julai 2015, sebelum terbang ke Singapura sebelum berucap kepada 5,000 orang, beliau memberi amaran di CNBC yang sesuatu bakal terjadi pada 18 Ogos. Beliau beritahu jangan lupa untuk ambil keuntungan dan “stay aside”.

Selepas itu, Dow Jones Index crash, turun 2198 mata iaitu -12.5% hanya dalam masa 4 hari trading.

Begitu juga terjadi pada 28 Ogos 2015, di mana beliau beritahu dalam CNBC, Dow Jones akan jatuh lebih banyak pada 14-17 September 2015 sebelum Dow Jones menjunam -5.8%.

Pada kali ini, beliau memberitahu lagi yang, berdasarkan kejatuhan yang beliau risaukan, beliau risau kali ini akan berlanjutan sehingga sehingga 2018.

Nota MoshedFX :

Sekarang isu yang paling dirisaukan oleh ramai pakar ekonomi adalah EU Referendum yang bakal diputuskan pada 23 Jun 2016.

Khabar angin pula bertiup kencang yang ada kemungkinan kenaikan Interest Rates bagi FED pula adalah pada September 2016.

George Soros pula dilihat memindahkan pelaburan dari stock market portfolio ke emas.

Adakah semua ini ada kaitan dan ia adalah pemulaan kepada kegawatan ekonomi dunia?

Cycle 10 tahun sekali yang biasa terjadi pada ekonomi Malaysia, 1997 krisis kegawatan matawang.

2007 – krisis subprime US memberikan impak kepada global.

2017? 2018?

Cuba renung sejenak. Efek pada Dow Jones akan memberikan impak kepada global, juga matawang US Dollar. Ini adalah situasi ekonomi yang anda perlu tahu sebagai seorang forex trader.

Adakah anda sudah bersedia?

Photo Credit: Cinema Online
Photo Credit: Cinema Online
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat