Belum Perang Lagi Tapi Pasaran Saham Sudah Mulai ‘Berdarah’

485

Sentimen pasaran bertukar risk-off apabila Ukraine mengumumkan darurat ekoran kebimbangan bahawa Rusia akan menyerang dan mencetuskan perang.

Hasilnya, pasaran saham mulai bergelut sementara dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh manakala niaga hadapan minyak dan hasil perbendaharaan menjadi tidak menentu.

Ukraine Isytihar Darurat

Ambang peperangan mulai terasa apabila kerajaan Ukraine mengisytiharkan darurat dan memberi tahu rakyatnya untuk melarikan diri dari Rusia sementara pihak Moscow membawa keluar dutanya dari Kyiev.

Seorang pegawai kanan AS memaklumkan bahawa Rusia sudah bersedia untuk melancarkan serangan menyeluruh ke atas Ukraine.

Ekoran itu, indeks MSCI dunia yang pada awalnya naik 0.7% mulai mengundur pada sesi dan memanjangkan kerugian harian untuk tamat pada 1.2%, ia merupakan paras terendah sejak April 2021.

Selain kebimbangan mengenai perang yang bakal tercetus, pelabur juga sedang menimbang prospek pengetatan polisi oleh Federal Reserve (Fed) dalam usahanya membendung inflasi.

Namun, ketua strategi Spouting Rock Asset Management, Rhys Williams berkata tumpuan lebih tertumpu kepada krisis Rusia-Ukraine yang bakal mencetus perang, maka pasaran akan menjadi tidak menentu buat masa terdekat ini.

Indeks purata Dow Jones Industrial susut 464.85 mata atau 1.38% pada 33,131.76, S&P 500 hilang 79.26 mata atau 1.84% pada 4,225.5 dan Nasdaq Composite turun 344.03 mata atau 2.57% pada 13,037.49.

Nota penanda aras 10 tahun yang jatuh 13/32 dalam harga hasil 1.9912%, naik pada 1.948% semasa sesi, manakala bon 30 tahun yang susut 30/32 dalam harga hasil 2.2963, tambah 2.253% dan nota 2 tahun yang turun 1/32 dalam harga hasil pada 1.6016%, canak 1.587%.

Indeks dolar naik 0.127% dan Euro susut 0.18% pada $1.1305.

Ambang Perang Terhadap Komoditi

Harga minyak Brent pada mulanya jatuh 1% kemudian naik semula 2% sebelum berakhir tidak berubah pada $96.84 dan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS naik 0.21% pada $92.10 setong selepas jatuh 1.9% pada mulanya dan naik 1.7% kemudian.

Kebimbangan perang turut beri kesan kepada emas mencapai 0.6% pada $1,908.62 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat