Republikan Senat hari ini memutuskan untuk memilih Amy Coney Barrett sebagai Hakim Mahkamah Agung, satu keputusan yang pastinya membawa kemenangan besar buat Presiden AS Donald Trump dan partinya menjelang pilihan raya pada minggu depan.
Keputusan itu dibuat setelah berminggu-minggu ditekan oleh Trump dan partinya untuk melantik hakim Mahkamah Agung baru sebelum pilihan raya.
Barrett yang berusia 48 tahun, berkemungkinan akan berkhidmat selama beberapa dekad dan akan memberikan konservatif majoriti 6-3 di Mahkamah Agung, satu perubahan besar yang bakal memberi impak dalam pelbagai isu yang timbul sebelum ini, termasuk kes cukai Trump.
Kuasa undian Barrett, bersama dengan majoriti konservatif akan memberi impak pada masa akan datang, terutamanya dalam isu-isu penting seperti hak pengguguran dan Akta Penjagaan Mampu (ACA) iaitu penyedia insurans kesihatan yang diwujudkan sejak era bekas presiden Barack Obama.
Barrett merupakan calon utama yang dicalonkan oleh Trump susulan kematian mendiang ikon keadilan dan liberal, Ruth Bader Ginsburg pada bulan lalu.
Berbaki beberapa hari sahaja lagi pemilihan presiden, prospek pilihan raya presiden telah menjadi faktor risiko untuk pasaran dengan para pelabur kini melihat Trump mempunyai Mahkamah Agung yang lebih memihak kepada beliau.