Belum Puas! Trump Mahu Ketatkan Lagi Sekatan Minyak Venezuela

329

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sedang mempertimbangkan sekatan tambahan ke atas Venezuela yang bertujuan untuk menghentikan permit transaksi minyak dengan negara Amerika Selatan.

Langkah sekatan itu dikatakan akan mensasarkan urusan pertukaran minyak yang melibatkan negara Asia dan Eropah.

Walau bagaimanapun, langkah ini dilaporkan masih belum diputuskan lagi dan masih berada di peringkat perbincangan.

Sebelum ini, pegawai-pegawai AS telah mempertimbangkan langkah ini, namun mereka lebih mengutamakan untuk mengenakan tindakan ke atas Iran yang mula mengeksport petrol ke Venezuela.

Minggu lalu, Amerika Syarikat telah merampas empat kapal tangki minyak Iran yang membawa lebih 1.1 juta tong petrol ke negara itu. Venezuela tidak dapat menghasilkan petrol sendiri dan produk lain yang ditapis dari minyak mentah berikutan kerosakan mekanikal di kilang-kilang.

Berikutan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, eksport minyak Venezuela telah merosot kira-kira 535,000 tong sehari pada tahun ini, iaitu yang terendah sejak tahun 1950.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat