Belum Rasa Selamat, Pasaran Bergegas Dapatkan Safe-haven!

500

Permintaan terhadap mata wang safe-haven meningkat apabila pasaran melangkah masuk ke sesi Eropah.

Ini diperlihatkan pada pergerakan mata wang yen yang mencatatkan keuntungan kira-kira 1.2% berbanding US dolar, membawanya kukuh diperdagangkan pada sekitar harga 133.40.

Berbanding mata wang lain pula, yen mengukuh 0.8% berbanding euro dan pound, naik 0.4% berbanding dolar Aussie dan New Zealand, serta menokok 0.7% berbanding dolar Kanada.

Sementara mata wang swiss franc juga lebih kukuh berbanding US dolar dengan melonjak 1% untuk didagangkan sekitar harga 0.9118 pada awal sesi Eropah.

Emas juga mencanak lebih tinggi dengan meningkat ke paras tertinggi terbaru 6 minggu pada $1,891 per auns.

US dolar pula kekal didagangkan pada sekitar paras terendah walaupun telah memadamkan sedikit kerugian yang dicatatkan sebelum ini, melihatkan indeks dolar didagangkan pada 104.10.

Pasaran sesi New York dijangka lebih rancak dengan pembukaan pasaran saham Amerika Syarikat yang telah jatuh mendadak minggu lalu akibat krisis Silicon Valley Bank (SVB).

Walaupun kerajaan AS dan Federal Reserve (Fed) telah mengumumkan langkah sokongan untuk SVB dan bank lain yang terjejas pada sesi Asia hari ini, tetapi kebimbangan pelabur masih tinggi.

Ekoran daripada krisis ini juga, pasaran telah mengurangkan jangkaan untuk Fed bertindak agresif pada mesyuarat polisi FOMC minggu depan

Malah, Goldman Sachs juga mengubah jangkaannya bahawa bank pusat AS itu tidak akan melaksanakan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Mac disebabkan ketidaktentuan yang timbul daripada krisis SVB.

Rentetan itu juga, hasil bon AS 10 tahun susut lebih rendah ke paras 3.50%, pada waktu penulisan.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat