Belum Sempat Mesyuarat RBNZ Berlangsung, ‘Bom’ Sudah Meletup

675

Dolar New Zealand menjunam rendah setelah negara itu menemui kes komuniti pertama coronavirus di bandar terbesar Auckland, sekali gus menimbulkan kebimbangan pelabur terhadap keputusan mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada hari Rabu.

Berita itu hadir tepat sehari sebelum RBNZ yang dijangkakan secara meluas akan menjadi bank pusat pertama di kalangan negara maju untuk meningkatkan kadar faedah sejak dilanda pandemik.

Hal ini telah mendorong dolar kiwi menjunam lebih 1% ke sekitar paras harga 0.6945 berbanding US dolar menjelang penghujung sesi Asia hari ini.

Kementerian Kesihatan melaporkan kes tersebut pada hari ini, yang merupakan kes pertama ditularkan secara tempatan sejak Februari. Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada kes tersebut adalah varian delta.

Dengan penemuan satu kes komuniti ini, ia sudah cukup untuk menggegarkan negara itu kerana kadar vaksinasi mereka masih lagi di tahap yang rendah sekitar 19%, menurut Our World Data.

New Zealand telah menunjukkan kejayaan dalam memerangi penyebaran coronavirus sejak tahun lepas berbanding dengan negara lain, dan ekonomi juga terus menunjukkan pengembangan memberangsangkan.

Susulan itu, para pelabur menjangkakan RBNZ akan menaikkan kadar faedah setelah beberapa petunjuk hawkish diberikan pada mesyuarat polisi terdahulu dan data ekonomi yang kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat