Belum Terlambat, H&M Baru Putuskan Untuk Tinggalkan Pasaran Rusia

315

‘Dah 5 bulan sejak pencerobohan, baru sekarang nak keluar secara rasmi.’

Gergasi peruncit fesyen ke-2 terbesar dunia, H&M memutuskan untuk menutup perniagaan dan keluar secara rasmi dari pasaran Rusia ekoran pencerobohan Moscow ke atas Ukraine pada awal tahun lalu.

Ia secara tidak langsung menambah senarai syarikat-syarikat luar negara yang bertindak menyekat atau memutuskan bekalan ke Rusia sejak kerajaan pimpinan Vladimir Putin menceroboh Ukraine pada Februari.

Ulas Ketua Eksekutif H&M, Helena Helmersson, syarikat mengambil keputusan untuk meninggalkan pasaran Rusia selepas membuat pertimbangan yang menyatakan adalah mustahil bagi mereka meneruskan perniagaan di sana.

Sebelum ini H&M membuat keputusan untuk menangguhkan sementara perniagaan di Rusia seperti beberapa syarikat lain.

Menurut sumber, Rusia merupakan pasaran ke-6 terbesar H&M dan syarikat sedang meningkatkan bilangan kedainya sambil mengurangkan kedai fizikal di kebanyakan pasaran lain.

Selain itu, H&M dikatakan juga membuka kedai fizikalnya buat sementara waktu untuk tempoh terhad bagi menjual baki inventori di Rusia.

Dalam pada itu, kos penutupan H&M di Rusia dikatakan menelan belanja sebanyak 2 bilion Crowns Sweden atau sekitar $191.3 juta dengan 1 bilion Crowns beri kesan aliran tunai.

Jumlah tersebut akan dimasukkan sebagai kos dalam keputusan laporan syarikat bagi suku ke-3 kelak.

Pada sisi berbeza, H&M mencatat keuntungan dan penjualan yang kukuh di luar jangkaan bagi suku ke-2.

Pendapatan bersih syarikat mencatat lonjakan 33% pada 3.7 bilion Crowns atau $364 juta sementara penjualan mencanak 17% pada 54.5 bilion Crowns walaupun pada ketika itu syarikat menangguhkan operasi di Rusia.

Laporan tersebut dikeluarkan pada 29 Jun lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat