Benarkah Peningkatan Data dari China Melemahkan Aussie?

35

Aussie melemah dalam sesi Eropah hari ini berikutan data harga pengguna dan pengeluar China menunjukkan peningkatan melebihi ramalan.

AUD/USD didagang menurun pada 0.05%, manakala USD/JPY meningkat 0.38%.

AUD/USD, 30 min
USD/JPY, 30 minit

China melaporkan harga pengguna meningkat sebanyak 0.1 peratus pada bulan November, sementara harga pengeluar meningkat 3.3 peratus.

Terdahulu di Australia, data pinjaman perumahan bagi Oktober menunjukkan penurunan berbanding bulan sebelum ini.

Dalam sesi Eropah juga, US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama kali terakhir dinilai pada 101.22.

Semalaman, US Dollar meneruskan peningkatan selepas data tuntutan pengangguran awal dilapor positif.

Euro juga kekal melemah selepas ECB mengumumkan program pembelian asset lanjutan untuk tambahan 9 bulan lagi.

EUR/USD, 30 minit

Sepatutnya program tersebut tamat Mac 2017, namun ECB dilaporkan menambah pembelian aset bersih pada kadar bulanan sebanyak 60 billion Euro sehingga akhir Disember 2017. Bank pusat tersebut juga sedia menambah tempoh berkenaan jika dirasakan perlu.

ECB juga mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada rekod rendah iaitu sifar peratus, sejajar dengan ramalan.

Nilai Ringgit Boleh Kembali Mencecah RM4.10 Hingga RM4.20 Berbanding US Dolar : Pengerusi CIMB Bank

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat