Berapa Kali ‘Test’ Tak Lepas, Boleh Ke GBP/USD Tembus Ni?

812

Berbanding US dolar, matawang Pound berjaya bergerak lebih kukuh pada dagangan penghujung minggu walaupun pelabur masih meletakkan kebimbangan yang tinggi terhadap rundingan Brexit antara EU dan UK.

Ketua Perunding EU, Michel Barnier bersama rakan sejawatannya dari UK, David Frost menyatakan bahawa terdapat sedikit perkembangan yang baik untuk hubungan perdagangan di masa hadapan antara dua pihak itu.

Data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK akan menjadi tumpuan pada sesi Eropah. Bacaan data dijangka catat angka yang meningkat.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta GBP/USD kembali pamer kenaikan semula selepas harga membuat penurunan pada sesi Eropah semalam.

Kenaikan harga turut didorong oleh penyusutan US dolar sepanjang dagangan minggu ini ekoran laporan positif vaksin selain turut ditekan oleh data ekonomi yang kurang memberangsangkan.

Harga sehingga pembukaan sesi Eropah hari ini bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang menunjukkan trend bullish, namun terperangkap di antara zon resistance minggu ini.

Paras resistance 1.27500 menjadi paras penting yang diuji harga dan dilihat harga menemui kesukaran untuk tembus ke paras lebih tinggi.

Kenaikan seterusnya dijangka ke paras 1.28000 sebelum momentum kenaikan harga yang diteruskan bakal mendorong harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 bulan.

Namun jika zon resistance tersebut gagal ditembusi, harga berkemungkinan akan kembali membuat penurunan semula di bawah paras sokongan MA50 menuju zon RBS (resistance become support) sekitar 1.26600.

Penurunan seterusnya dilihat akan menuju paras tumpuan 1.25000 yang diuji harga sejak minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat