Berita Baik! Pasaran Saham Negara Melonjak 41%

560

Nilai pasaran saham negara melonjak sebanyak 41% apabila mencecah AS$379 bilion meskipun mencapai paras terendah pada Mac lalu susulan peningkatan permintaan sarung tangan perubatan dan saham pengeluarnya iaitu Top Glove Corp ekoran pandemik Covid-19.

Top Glove Corp menyaksikan sahamnya melonjak lebih 450% dan menjadi saham kedua paling bernilai dalam penanda aras saham.

Saham sebuah lagi syarikat pengeluar sarung tangan, Supermax Corp turut meningkat lebih 1,100%.

Hal itu sekali gus menjadikan permodalan pasaran saham negara hanya kurang AS$14 bilion untuk mengatasi Singapura buat kali pertama dalam tempoh lebih 16 tahun.

Menurut Ketua Penyelidikan Ekuiti Pengguna Tellimer, Nirgunan Tiruchelvam, Malaysia mempunyai industri pembuatan yang bersepadu seperti pembuatan sarung tangan manakala ekonomi Singapura tertumpu kepada sektor kewangan dan hartanah.

Dalam pada itu, Singapura kerugian AS$113 bilion pada tahun ini ekoran bergelut dengan kemerosotan perdagangan global.

Memburukkan lagi keadaan, Singapura mencatatkan kes virus paling tinggi di rantau ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat