“Agaknya bila la XRP nak tembus $1, lama lagi ke perjalanannya?”
Harga mata wang kripto Ripple (XRP) mungkin bersedia mendaki lebih tinggi susulan keputusan Hakim Analisa Torres dalam Summary Judgment aset digital itu dapat dimanfaatkan untuk kes lain di Korea Selatan.
Pendakwa raya dalam perbicaraan Terra LUNA di Korea Selatan berhasrat menggunakan keputusan oleh mahkamah Amerika Syarikat (AS) tersebut untuk membuktikan hujah mereka di mahkamah.
Menurut peguam pro-XRP John Deaton, aset digital tersebut berupaya membuat pergerakan menaik untuk mencapai paras tertinggi sepanjang masa sekiranya Bitcoin (BTC) turut memuncak daripada harga semasanya.
Dilaporkan oleh pejabat Pendakwa Raya Seoul, tuntutan Terra LUNA tertumpu pada status token itu sebagai sekuriti, oleh itu pendakwa raya rancang serahkan kertas untuk membuktikan bahawa kripto diasaskannya bukanlah sekuriti.
Ketua Pendakwa Dan Seong-han dari Pejabat Pendakwa Daerah Selatan Seoul pula menyatakan bahawa pejabat itu telah menerima terjemahan judgment mengenai XRP daripada Mahkamah Daerah Selatan New York.
Suka dimaklumkan kemenangan separa XRP terhadap Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dianggap sebagai kunci untuk menolak dakwaan pendakwa raya yang mengatakan LUNA adalah sekuriti.
Bagaimanapun, Hakim Analisa Torres dari Mahkamah Daerah Selatan New York yang memihak kepada XRP pada 13 Julai 2023 telah berkata status kontrak pelaburan XRP tidak dapat diiktiraf dan keputusan itu dapat timbulkan kebimbangan dalam perbicaraan Terra LUNA.
Setakat penulisan ini, harga XRP melonjak sebanyak 3.46% pada paras $0.64 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $33 juta tetapi tetap merekodkan penyusutan 7.76% sepanjang minggu lepas.