Berita Ini Pastinya Akan Menyokong Lagi Pengukuhan Pound!

453

Ketua perundingan Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier telah memanggil untuk mengadakan mesyuarat bersama menteri-menteri perikanan daripada beberapa negeri pesisir, pada hari Jumaat.

Perikanan merupakan salah satu daripada tiga isu utama yang telah menjadi penghalang kepada kedua-dua pihak untuk mencapai perjanjian selama ini.

Antara negara yang berkemungkinan akan menghadiri pertemuan itu adalah Perancis, Denmark, Sepanyol, Belgium, Ireland dan Belanda.

Matawang pound yang pada mulanya mempamerkan penyusutan pada hari Khamis, kembali mencatatkan sedikit peningkatan susulan laporan tersebut dengan terus mempertahankan pengukuhan di sekitar harga 1.3350 berbanding USD pada sesi Asia hari ini.

Ini pastinya dilihat sebagai petanda baik oleh pasaran kerana ia mungkin bermaksud bahawa UK telah menawarkan sesuatu dalam isu perikanan untuk mencapai kesepakatan.

Sebarang penolakan secara terang-terangan mengenai tawaran akan diketahui dengan segera kerana para menteri dijangka akan memberikan maklumat ringkas kepada pihak media.

Sementara itu, Michel Barnier juga dilaporkan akan terbang ke London pada hujung minggu ini untuk menyambung semula rundingan setelah menghentikannya susulan beberapa pegawai perunding didapati positif Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat