Berita Niaga – Airbnb Akan Menggunakan Teknologi (VR) dan (AR)- Pelancaran Taxify, Pemandu Uber Semakin Tertekan

108

Airbnb

Airbnb mengumumkan bahawa syarikat mereka tersebut akan mengguna pakai teknologi virtual reallity (VR) dan augmented reallity (AR) bagi membantu penyewa mendapatkan gambaran keseluruhan yang lebih jelas mengenai tempat yang akan mereka sewa.

Teknologi VR membolehkan pengguna melihat secara keseluruhan tempat yang akan disewa melalui gambar 360 darjah dan gambaran 3D. Teknologi AR pula akan befungsi sebagai pemandu dan panduan kepada pengguna. Ia membolehkan pengunna merasai dalam perumahan seperti membuka pintu.

Pada ketika ini, pelan perlaksanaan penggunaan teknologi VR dan AR di Airbnb masih dalam fasa permulaan.

Taxify

Taxify kini dilancarkan di Sydney pada hari Selasa dengan lebih 4,000 pemandu yang berdaftar.

Taxify merupakan aplikasi digunakan dalam Windows Phone bagi memudahkan proses melanggan teksi.

Secara umumnya pelanggan teksi harus melanggan teksi melalui operatur. Kemudian ketika menunggu, pelanggan tidak dapat mengetahui lokasi teksi, keadaan teksi dan sebagainya.

Melalui inovasi dari aplikasi Taxify ini, pemesanan dapat dilakukan secara langsung dengan menghubungi pemandu teksi tersebut dan dalam masa yang sama kita dapat mengetahui lokasi teksi.

Taxify dijangka akan memberi saingan yang kuat kepada Uber. Ditambah pula, diskaun sebanyak 50% akan diberkan kepada pengguna baru di Australia.

Operasi Taxify berbeza dengan Uber, kadar komisyen hanyalah diberikan sebanyak 15% berbanding Uber 20%-35%. Namun, perubahan harga hanyalah 1.5x berbanding Uber yang bergantung kepada algoritma untuk menentukan permintaan dan penawaran.

Kini Taxify telah beroperasi 20 buah Negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat