Berita Panas! Pengerusi Tesla Jual Pegangan Saham Dengan Nilai $22 Juta

1,417

Meneliti kepada laporan, pengerusi Tesla Robyn Denholm telah menjual 31,250 saham pembuat kenderaan elektrik itu dengan nilai purata sebanyak $22 juta.

Pada baru-baru ini, Denholm telah mengemukakan keterangan di mahkamah Delaware sebagai dari sebahagian tuntutan makhamah pemegang saham mengenai pengambilalihan SolarCity 2016 oleh Tesla.

Beliau telah berkhidmat di dewan Tesla sejak daripada Ogos 2014.

Pada November 2018, Denholm telah dilantik menjadi pengerusi selepas Ketua Pegawai Eksekutif Elon Musk dipaksa untuk melepaskan peranan itu sebagai dari sebahagian perjanjian penyelesaian dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS.

Berdasarkan kepada pengumuman ketika perjanjian SEC pada September 2018, yang mana ia mewajibkan Musk untuk melepaskan jawatannya dan digantikan dengan ketua bebas selama 3 tahun.

Tempoh 3 tahun itu sudah pun hampir berakhir, maka dengan itu Musk berpotensi untuk meneruskan peranannya seperti sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Tesla masih belum menunjuk sebarang proksi untuk mesyuarat pemegang saham bagi tahun 2021.

Selain itu, Denholm juga dilihat menggunakan pilihan untuk membeli atau menjual saham dan semua urus niaga itu telah dilaksanakan pada 2 Ogos. Penjualan saham itu dijual di antara paras harga $700-$726.11.

Untuk pengetahuan, beliau pada sebelum ini adalah merupakan ketua pegawai kewangan di syarikat telekomunikasi Australia Telstra Corp dan tinggal di Australia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat