Berita Tergempar!! JP Morgan Ingin Niagakan Bitcoin Di Pasaran Hadapan

158

Pada pertengahan bulan September bos JP Morgan, Jamie Dimon membuat kenyataan bahawa bitcoin adalah suatu bentuk penipuan. Menurut beliau, matawang digital itu hanya sesuai untuk pengedar dadah, urusan black market dan tempat-tempat di Korea Utara sahaja.

Tambah pedas, Jamie Dimon memberi amaran kepada pekerjanya bahawa beliau akan memecat siapa yang didapati melabur bitcoin dengan beralasan 2 sebab. Pertama, ia menyalahi peraturan syarikat. Kedua, sebab dia bodoh.

Bagi beliau, matawang tersebut tidak akan berjaya. Bagaimana sesorang itu menjalankan perniagaan dengan mencipta sesuatu matawang tanpa berlandaskan apa-apa, malah terdapat orang yang membelinya?

Bitcoin merupakan matawang digital yang dibentuk berdasarkan matematik selepas krisis kewangan dunia. Ia membolehkan sesorang itu melangkaui bank dan proses pembayaran traditional.

Adakah bitcoin sebuah matawang atau komoditi boleh baca disini ; https://intraday.my/adakah-bitcoin-itu-satu-matawang-atau-satu-aset-pelaburan-ini-pendapat-pakar/

Dimon mengatakan bahawa bitcoin itu lebih teruk daripada gelembung tulips yang pernah terjadi dalam pasaran pada abad ke 16. Beliau menjangkakan orang yang melabur dalam bitcoin akan rugi besar. Hanya masa yang akan menentukan gelembung itu pecah dan ketika itu semua orang akan panik.

Tetapi itu semua dahulu, kini JP Morgan telah menukarkan pandangan mereka terhadap bitcoin.

Berdasarkan laporan di Wall Street Journal, JP Morgan Chase sedang mempertimbangkan untuk menyediakan akses niaga-hadapan Bitcoin (Bitcoin futures) CME (Chicago Mercantile Exchange) di platform mereka.

Ironinya, 2 bulan sudah Jamie Dimon telah mengkritik bitcoin dan menisbahkan ia sebagai satu bentuk penipuan. Pasaran niaga-hadapan Bitcoin akan dijangka akan menjadi realiti pada bulan Disember.

Harga bitcoin kini berada pada $8,174.0,jatuh daripada paras tertinggi $8258.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat