Berkshire Hathaway Catat Keuntungan USD 14 Billion

464

Warren Buffett, pengasas kepada Berkshire Hathaway mengumumkan pendapatan syarikat itu melebihi $14 billion dalam suku tahun kedua, naik $2 billion berbanding $12 billion yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Purata pendapatan bersih bagi saham kelas A melonjak kepada $8,608 berbanding  $7,301 dalam suku yang sama yang berakhir Jun tahun lepas. Untuk kelas B pula, pendapatan dicatatkan $5.74 sesaham berbanding $4.87 sesaham dalam suku kedua 2018.

Walaubagaimanapun, keuntungan syarikat ini susut sekitar $6.1 billion yang sebelum ini mencatatkan keuntungan $6.9 biilion ekoran kesan daripada perolehan yang susut dalam sektor insurans. Bagi sektor yang lain, masing-masing menunjukkan kenaikan. Untuk aliran tunai pula, kenaikan sebanyak $122 billion dicatatkan berbanding $114.2 billion yang direkodkan pada sebelum ini.

Greggory Warren, penulis bagi Morningstar Equity Research berkata antara kebimbangan yang dihadapi ialah saiz syarikat ini yang terlalu besar akan menyebabkan pertumbuhan yang perlahan pada masa akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat