Berminat Dengan Dunia NFT – Visa Umum Pembelian NFT CryptoPunk!

483

Visa yang merupakan syarikat gergasi kewangan akhirnya mengumumkan untuk turut serta dalam NFT mania yang sedang menjadi trend pada ketika ini dengan membuat pembelian pertama kalinya.

Visa dilaporkan telah membeli salah satu CryptoPunk NFT yang telah berjaya meraih jutaan dolar dalam lelongan. Syarikat gergasi Visa telah membelanjakan $ 150,000 untuk CryptoPunk 7610. Visa tidak melakukan pembayaran secara langsung namun melakukannya dengan kerjasama Anchorage. Dalam merealisasikan proses itu, Anchorage menjadi bank A.S pertama yang menguruskan NFT tersebut.

CryptoPunk dianggap sebagai koleksi pelaburan NFT blue-chip kerana jumlah penjualan telah mencapai $ 752 juta.

Buy Sheffield, pengurus kripto di Visa,

“Kami berpendapat bahawa NFT akan memainkan peranan yang sangat penting pada masa akan datang dalam industri peruncitan, hiburan dan perdagangan. Justeru, pihak Visa ingin memahami secara langsung apa yang diperlukan untuk memperoleh, menjaga, dan berinteraksi dengan NFT. Visa telah bekerjasama dengan Anchorage bagi merealisasikan hal ini dengan harapan dapat melatih kepakaran dan membantu pelanggan.

Koleksi CryptoPunk terdiri daripada 10,000 gambar 24 × 24 piksel avatar yang dihasilkan secara automatik. Avatar CryptoPunk Visa dicirikan oleh seorang wanita dengan mohawk dan mata hijau yang besar.

 

Visa

NFT sejak akhir-akhir ini menjadi ‘trend’ kerana jenama-jenama terkenal dan selebriti menerbitkan dan membuat pembelian NFT.Visa juga merancang untuk memainkan peranan penting dalam Metaverse. Dalam masa yang sama, menzahirkan bahawa ingin menjadi pemain penting dalam Metaverse dan merancang untuk membeli lebih banyak NFT.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat