Berminat Nak Lawat HQ Twitter? Elon Musk Minta Bayaran 3 DOGE!

296

“Macam-macam Musk ni, setiap masa ada je idea peliknya.”

Jutawan Elon Musk yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter berkata bahawa seseorang individu harus membayar tiga Dogecoin (DOGE) sekiranya berkeinginan untuk melawat ke ibu pejabat syarikat tersebut.

Musk mengeluarkan kenyataan sebegitu sejurus selepas terdapat pertanyaan daripada CB Doge, Dogecoin UX/Ui dan pereka grafik yang memilih untuk kekal tanpa nama.

Dalam pada itu, DogeDesigner yang memohon kebenaran untuk melawat ibu pejabat Twitter di San Francisco telah menjadi salah satu sebab Musk secara berseloroh berkata bahawa ia akan menelan kos tiga DOGE bernilai $0.23.

Walaupun sekadar gurauan, tindakan tersebut telah menarik perhatian kebanyakan pelabur termasuk penyokong DOGE yang akan mengambil peluang ini untuk meningkatkan lagi harga memecoin itu pada masa hadapan.

Umum mengetahui bahawa beberapa influencer terkenal menyebut Musk mungkin sedang bekerjasama dengan pembangun untuk mengintegrasikan DOGE ke dalam Twitter susulan beliau sebelum ini sering kali berkata akan memperkenalkan sistem pembayaran bersandarkan memecoin itu.

Suka dimaklumkan syarikat Tesla yang diasas oleh Musk telah menerima DOGE pada Januari lalu manakala SpaceX, firma kapal angkasa beliau bakal mengaplikasikan memecoin tersebut tidak lama lagi.

Susulan Musk yang turut menerima pembayaran melalui DOGE untuk produk wangiannya digelar “Burnt Hair” , beberapa penyokong tegar memecoin tersebut sungguh percaya Twitter boleh mengembangkan aset digital itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat