Bersedia, Data-Data Penting Ini Penentu Masa Depan Pasaran Kripto!

856

“Semua jangan gelisah, tapi harap-haraplah pasaran kripto minggu ini dapat beri kegembiraan kepada pelabur.”

Beberapa penganalisis yang meramalkan harga mata wang kripto Bitcoin (BTC) bakal mencapai paras tertinggi baharu tidak tercapai apabila pengukuhan terbitan data NFP Jumaat lepas telah mengubah sentimen para pelabur yang sudah berpandangan Federal Reserve (Fed) akan berpendirian hawkish.

Oleh demikian, pelabur kripto akan memerhatikan peristiwa penting seperti Indeks Harga Pengguna (CPI) yang dijadualkan pada 12 Jun 2024 ditambah pula terdapat Indeks Harga Pengeluar (PPI) dan IHPR Teras pada minggu ini yang boleh menganalisis arah aliran inflasi.

Jadi di sini dapat dilihat sesungguhnya data-data tersebut akan memberikan lebih banyak pandangan kepada pelabur kripto termasuk sektor kewangan lebih luas tentang cara Fed bakal menangani tekanan inflasi.

Memang tidak dinafikan pasaran kripto menjangkakan Fed akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 13 Jun 2024, tetapi kenyataannya dapat memberi penerangan tentang kemungkinan langkah masa depannya.

Bukan itu sahaja, kenyataan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell turut akan memainkan peranan penting dalam membentuk prestasi masa depan pasaran kripto yang sejak kebelakangan ini semakin melihat pergerakan tidak menentu.

Selain Belanjawan Persekutuan AS bulanan yang bakal dikeluarkan pada Rabu minggu ini, butiran sentimen pengguna awal yang dikeluarkan pada 14 Jun 2024 turut akan memberikan pandangan berhubung pasaran kripto mengenai arah aliran sektor aset digital.

Perlu diketahui juga bahawa keyakinan melonjak secara ketara dalam pasaran kripto sejurus selepas Bank Pusat Eropah (ECB) buat keputusan pada minggu lepas untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat