“Semangat betul China ni, mana tahu betul-betul terjadi.”
Demi mengatasi dominasi dolar Amerika Syarikat (AS) dalam kewangan global, China sedang mempercepatkan usahanya bagi membangunkan platform baharu yang membenarkan pembayaran rentas sempadan melalui Yuan digital dan mata wang digital bank pusat (CBDC).
Platform yang dipanggil mBridge adalah sistem berasaskan blockchain yang membenarkan pengguna menghantar dan menerima mata wang digital tanpa pihak ketiga seperti bank AS ataupun pemproses pembayaran.
Umum mengetahui bahawa mBridge telah disokong oleh Institusi Penyelidikan Mata Wang Digital Bank Rakyat China (PBOC), iaitu bank pusat yang telah berjaya menerajui dunia dalam melancarkan CBDC secara global.
Jadi di sini dapat dilihat platform baharu tersebut bertujuan untuk membenarkan transaksi lebih pantas, murah dan selamat untuk CBDC mahupun aset digital lain.
Suka dimaklumkan mBridge menggunakan kontrak pintar untuk mengautomasikan bursa mata wang dan memastikan pematuhan terhadap peraturan pengubahan wang haram serta pembiayaan memerangi keganasan.
Bukan itu sahaja, platform mBridge turut menyokong pembayaran luar talian, di mana ia boleh digunakan di kawasan yang mempunyai sambungan internet lemah ataupun dalam kecemasan.
Platform tersebut bukan sahaja telah menarik perhatian banyak bank pusat malah juga institusi kewangan di seluruh dunia yang berhasrat meneroka CBDC serta mengalihkan rizab mereka daripada dolar AS yang paling disukai ramai orang.
Menurut laporan baru-baru ini oleh Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa (BIS), lebih daripada 80% bank pusat sedang berada dalam proses menyelidik mahupun membangungkan CBDC yang semakin raih populariti.