Betul Ke UK Nak Lockdown Kali Kedua?

555

Kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 di UK telah mencetuskan persoalan bagi negara itu sama ada ia akan melaksanakan sekatan di seluruh negara buat kali kedua.

Setiausaha Menteri Kesihatan UK, Matt Hancock yang bercakap kepada Sky News, memberitahu bahawa beliau tidak menolak mengenai kemungkinan ini.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa para saintis yang menasihati kerajaan telah mengusulkan penutupan di seluruh negara selama dua minggu pada bulan Oktober untuk mengatasi peningkatan jumlah kes coronavirus yang semakin membimbangkan.

Apabila ditanya mengenai laporan tersebut, Hancock memberitahu bahawa lockdown di seluruh negara adalah garis pertahan terakhir dan beliau tidak mahu melihatnya terjadi.

Namun begitu, beliau mengatakan kerajaan akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk memastikan keselamatan rakyat daripada wabak maut itu.

Walau bagaimanapun, Hancock menyeru supaya negara perlu bersatu dan menyedari bahawa terdapat cabaran serius sedang menanti, di mana beliau bukan sahaja merujuk kepada jumlah kes yang semakin meningkat malah peningkatan jumlah pesakit dimasukkan ke hospital kerana jangkitan Covid-19.

Dalam tempoh 24 jam terakhir, dilaporkan sebanyak 3,395 kes telah disahkan di UK menjadikan jumlah keseluruhan terkini meningkat kepada 381,614. Sementara angka korban pula mencatatkan peningkatan sebanyak 21 kematian kepada 41,705, menurut data yang diterbitkan oleh kerajaan UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat