Betullah! RBA Turunkan Kadar Faedah Kepada 0.10%

422

Pada mesyuarat polisi bagi sesi November, Reserve Bank of Australia (RBA) memutuskan untuk menurunkan kadar faedah ke tahap terendah terbaru 0.10% daripada 0.25%, seperti dijangkakan ramai pihak.

Selain itu, bank pusat turut mengumumkan untuk meningkatkan program pembelian asetnya sebanyak AU$100 bilion, yang merangkumi pembelian bon kerajaan berjangka sekitar 5 hingga 10 tahun dalam tempoh enam bulan akan datang. Sementara sasaran hasil bon 3 tahun pula ditetapkan pada 0.10%.

Dalam pernyataan terbaru, bank pusat memberi indikasi bahawa ia tidak akan menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun.

Sementara itu, menurut RBA, keputusan terhadap langkah rangsangan tambahan adalah untuk menyokong penciptaan pekerjaan dan pemulihan ekonomi Australia daripada krisis wabak pandemik coronavirus.

Malah, bank pusat turut mengatakan bahawa ia bersedia untuk melakukan lebih banyak perkara jika diperlukan.

Gabungan pembelian bon RBA dan kadar faedah yang lebih rendah di sepanjang keluk hasil akan membantu pemulihan dengan menurunkan kos pembiayaan untuk peminjam, menyumbang kepada kadar pertukaran yang lebih rendah daripada yang lain dan menyokong harga aset serta kunci kira-kira, kata Gabenor RBA Philip Lowe dalam pernyataan terbarunya.

Tindakan ini juga merupakan usaha terbaru bank pusat untuk mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan pertamanya dan mengelak daripada pengangguran meningkat lebih tinggi.

Di samping itu, bank pusat turut mengeluarkan unjuran terbarunya terhadap pertumbuhan ekonomi Australia yang dijangka positif pada suku September walaupun dijejaskan oleh langkah sekatan di Victoria. Dalam senario bank pusat pula, pertumbuhan ekonomi dijangka sekitar 6% sehingga Jun 2021 dan 4% pada tahun 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat