Biar Betul? BNM Kekalkan OPR Pada 2.75%

166

Tidak seperti yang dijangkakan, Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah pada 2.75% pada hari ini.

Ini meleset daripada jangkaan untuk kenaikan 25 mata asas oleh penganalisis, selepas bank pusat itu menaikkan kadar OPR sebanyak empat kali berturut-turut pada tahun lalu.

Ekonomi Global

Keputusan tersebut dicapai berdasarkan situasi ekonomi global yang masih dibebani kadar faedah dan tekanan kos yang tinggi serta gangguan berkaitan Covid-19 di China.

Walaupun inflasi utama telah mula menyederhana, namun inflasi teras dilihat kekal lebih tinggi daripada purata sejarah.

Ekoran itu, bank pusat dijangka akan terus meningkatkan kadar faedah walaupun pada kadar lebih perlahan untuk mengurangkan tekanan inflasi.

Hal ini akan terus membawa kesuraman dalam prospek pertumbuhan global. Namun, pada masa yang sama pertumbuhan di China dijangka bertambah baik ekoran pembukaan semula sekatan.

Perkembangan Ekonomi Malaysia

Ekonomi negara terus berkembang pada suku keempat 2022 dipacu oleh permintaan domestik yang kuat.

Rentetan itu, pertumbuhan untuk 2022 diunjur melebihi julat unjuran awal iaitu 6.5%-7.0%. Pun begitu, perkembangan pada 2023 diramal lebih sederhana berlatarbelakangkan ekonomi global yang perlahan.

Pertumbuhan dijangka akan kekal dipacu oleh permintaan dalam negeri dengan penambahbaikan yang berterusan dalam prospek pekerjaan dan pendapatan terus menyokong perbelanjaan isi rumah.

Inflasi telah memuncak pada suku ketiga 2022, namun ia dijangka kekal berada paras tertinggi pada 2023 berikutan permintaan dan tekanan kos yang berterusan.

Secara keseluruhannya, BNM mengatakan pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

Sebarang perubahan dalam OPR selanjutnya akan bergantung kepada perkembangan semasa dan impaknya kepada inflasi serta prospek pertumbuhan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat