Biar Betul! Elon Musk Jual Kesemua Rumahnya Kerana Sumpah?

648

Dalam satu pendedahan terbaru, pengasas Tesla, Elon Musk rupanya telah menjual tiga buah rumahnya di California pada Disember 2020.

Keputusan Musk untuk menjual ketiga-tiga rumahnya itu susulan daripada janjinya pada Mei 2020 yang dimuatnaik di laman Twitter, “Saya sedang menjual hampir kesemua aset. Saya tidak akan memiliki rumah.”

Alasan Musk adalah kerana “kebebasan”, berdasarkan balasannya terhadap respons salah seorang pengikut.

Tiga rumah yang terjual melibatkan sebuah rumah agam yang memiliki 6 bilik tidur dengan 7 bilik mandi dijual pada $29.72 juta. Manakala, rumahnya yang bercirikan era kolonial 60-an dijual pada $6.77 juta dan sebuah lagi rumah bercirikan sama dengan empat bilik tidur dan 5 bilik mandi dijual pada $4.43 juta.

Jumlah keseluruhan hasil penjualan tersebut mencecah $40.9 juta!

Musk pertama kali menjual rumahnya pada Jun 2020. Ketika itu CEO NetEase, William Ding telah membeli rumah agamnya yang memiliki 7 bilir tidur, 11 bilik mandi dan gelanggang tenis pada harga $29 juta.

Beberapa bulan kemudian, Musk menjual rumah seterusnya kepada pembuat filem, Jordan Walker-Pearlman pada harga $7 juta.

Kalau macam itu, Musk mahu tinggal di mana?

Jelasnya menerusi The Wall Street Journal pada bulan lepas, dia akan berpindah ke Texas, di mana terletaknya pangkalan pelancaran roket SpaceX dan kilang baru Tesla yang sedang dibina. Melalui cara itu, dia tidak perlu membayar cukai pendapatan negara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat