Biar Betul? Lepas Kejutkan Pelabur, BOC Cakap Macam Ni Pula!

167

Walaupun bank pusat Kanada (BOC) telah mula memperlahankan kadar pengetatannya, namun gabenor Tiff Macklem berkata masih ada peluang untuk ia melaksanakan satu lagi kenaikan bersaiz besar dalam tempoh akan datang.

Kenyataan tersebut dibuat Tiff Macklem bagi menjawab soalan dalam jawatankuasa perbankan, perdagangan dan ekonomi Senat pada Selasa.

Menyokong kepada penyataan berikut, beliau mengatakan ekonomi masih mengalami permintaan berlebihan walaupun terdapat tanda-tanda kenaikan kadar memperlahankan pertumbuhan.

Rentetan itu, BOC melihat kadar faedah perlu naik dan mungkin dengan satu lagi langkah yang lebih besar, atau turun ke langkah yang lebih normal, ujar Macklem yang berpendapat bahawa masih banyak perlu dilakukan oleh bank pusat itu.

BOC telah mengejutkan pasaran dengan kenaikan 50 mata asas yang lebih kecil daripada jangkaan minggu lepas, selain turut meramalkan pertumbuhan ekonomi akan terhenti dalam tempoh tiga suku akan datang.

Inflasi Kanada pula telah mereda kepada 6.9% daripada puncak 8.1%, tetapi masih berada jauh daripada sasaran 2% bank pusat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat