Biar Betul, Metaverse Meta Selama Ini Tak Pernah Dapat Restu Ke?

445

‘Ada risiko tapi tetap nak teruskan? Gila Meta ni.’

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) menolak permintaan Meta Platforms Inc untuk membatalkan cadangan Arjuna Capital LLC yang meminta penilaian pihak ke-3 mengenai potensi kemudaratan psikologi, sivil dan hak asasi manusia berkenaan metaverse.

Terdahulu, Arjuna telah meminta Meta untuk melampirkan bukti mengenai sebarang kemudaratan yang boleh dikurangkan atau dielakkan yang wujud dalam teknologi baru tersebut.

Kemudian, cadangan itu telah dimasukkan dalam senarai terbitan akan datang, di mana ia akan diundi oleh pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan (AGM).

Sementara itu, Meta perakui terdapat risiko penciptaan dunia maya tersebut telah berhujah bahawa cadangan itu tidak sepatutunya digunakan untuk undian kerana ia melibatkan perkara yang berkaitan dengan ‘operasi perniagaan biasa’ syarikat, tetapi SEC memutuskan sebaliknya pula, dimana cadangan itu ‘melangkaui urusan pernigaan biasa’.

Desas-desus kuat mengatakan bahawa cadangan tersebut mungkin tidak akan diluluskan kerana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, Mark Zuckerberg mengawal kuasa saham mengundi.

Ekoran itu, Natasha Lamb, rakan kongsi pengurusan Arjuna Capital mempersoalkan kredibiliti syarikat itu yang menyuntik dana US$10 bilion setahun dalam projek tersebut, namun jelas sekali mereka tidak dapat mengendalikan platform itu.

Umum mengetahui bahawa Meta yang dahulunya Facebook merancang untuk mengembangkan perniagaan ke dunia maya sehingga ia menukar nama syarikat, namun, terdapat kebimbangan mengenai risiko sedia ada dalam platform media sosial itu.

Antara isu yang menghantui Meta adalah berkaitan dokumen dalaman yang dikongsikan oleh Frances Haugen, berkenaan cadangan bahawa Facebook lebih mengutamakan keuntungan berbanding pensederhanaan kandungan.

Menguatkan lagi bukti yang dipaparkan oleh Haugen, isu kemudaratan penggunaan Instagram dikalangan orang muda yang Meta seolah-olah menutup sebelah mata.

Walau bagaimanapun, Meta telah membidas sebarang isu mengenai rancangannya untuk membangunkan metaverse.

Menurut kenyataan Meta, mereka telah bekerjasama dengan penggubal dasar, pakar dan rakan kongsi industri, selain turut melabur $50 juta dalam memastikan rancangan tersebut selamat termasuk tumpuan pada privasi, keselamatan, ekuiti dan kemasukan.

Sebagai penambahan, bukan Meta sahaja yang menghadapi masalah berkenaan rayuan kepada SEC.

Amazon.com Inc, McDonalds Corp, Chevron Corp dan JPMorgan Chase & Co turut gagal meyakinkan SEC untuk menyekat cadangan pemegang saham untuk musim proksi yang akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat