Biden Gesa OPEC Naikkan Pengeluaran! Apa Reaksi Harga Minyak?

534

Minyak mentah didagangkan stabil pada hari Khamis ketika pasaran menilai permintaan Presiden AS Joe Biden pada pengeluar utama minyak dunia untuk memulihkan bekalan lebih cepat untuk membantu menjadikan harga petrol lebih berpatutan kepada rakyat Amerika.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan sedikit meningkat pada $71.50 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan pada $69.30 setong.

Pentadbiran Biden telah mendesak Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, yang dikenali sebagai OPEC+ untuk meningkatkan pengeluaran minyak bagi menangani kenaikan harga petrol yang dianggap sebagai ancaman kepada pemulihan ekonomi global.

OPEC bersetuju pada bulan Julai untuk meningkatkan output setiap bulan sebanyak 400,000 sehari bermula pada bulan Ogos hingga Disember, dan menghentikannya apabila kadar pengeluaran kembali ke tahap pra-pandemik sebelum pemotongan diumumkan.

Namun, masih terdapat kebimbangan bahawa kenaikan itu tidak akan cukup untuk memenuhi permintaan ketika AS dan Eropah melonggarkan sekatan pergerakan secara meluas.

Data dari Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) pada hari Rabu menunjukkan permintaan bahan bakar di negara itu secara purata dicatatkan sebanyak 20.6 juta tong sehari dalam tempoh empat minggu terakhir. Kilang AS juga meningkatkan jumlah minyak mentah yang diproses pada minggu lalu.

Selain itu, EIA turut melaporkan penurunan sederhana dalam bekalan minyak mentah AS pada minggu lalu, sedikit tersasar dari jangkaan. Sementara stok petrol pula merosot ke tahap terendah sejak November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat