Biden Nak Turunkan Kos Bahan Api, Harga Minyak Merudum Lagi

363

Dagangan minyak mentah menjunam parah pada hari Rabu di tengah-tengah desakan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden untuk menurunkan kos bahan api yang melambung tinggi.

Pada pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan merosot 3.8% kepada $110 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula terjun sekitar 4.3% kepada $105 setong.

Ketika ekonomi gergasi dunia itu sedang bergelut dengan kenaikan harga petrol dan inflasi yang tinggi, Presiden Joe Biden dijangka akan menggesa untuk menggantung sementara cukai persekutuan ke atas petrol.

Ini termasuk memberi tekanan ke atas firma tenaga utama negara itu untuk membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat semasa penggunaan ketika kemuncak musim panas.

Susulan daripada itu, tujuh syarikat minyak dilaporkan akan bertemu Presiden Joe Biden pada hari Khamis.

Sementara itu, Exxon Mobil dan Vitol telah memberi amaran bahawa permintaan masih dalam proses pemulihan untuk kembali ke tahap pra-pandemik dan bekalan dijangka akan membataskan pertumbuhan permintaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat