Biden Pemusnah Impian Amerika – Trump

320

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran bahawa pencabarnya, Joe Biden bakal ‘memusnahkan’ impian rakyat negara itu sekiranya Biden memenangi pilihan raya Presiden pada November ini.

Bercakap pada malam terakhir konvensyen parti Republikan, Trump menggambarkan pencabarnya sebagai ‘pemusnah kepada kehebatan Amerika’.

Dakwa Trump, parti Demokrat akan menjalankan pemerintahan bersifat anarki di bandar-bandar AS.

Semalam, Trump mahu orang ramai mengundinya dan mengekalkan jawatannya buat penggal kedua selain berikrar untuk membasmi pandemik Covid-19 dan menjalankan tindakan yang sewajarnya terhadap insiden pembunuhan membabitkan warga Afrika-Amerika oleh polis.

“Pilihan raya ini akan menentukan sama ada kita boleh menyelamatkan impian rakyat Amerika atau tidak. Atau kita akan membiarkan agenda golongan sosialis untuk menghancurkan impian kita.

“Undian anda akan menentukan sama ada kita melindungi rakyat Amerika yang mematuhi undang-undang atau sama ada kita membiarkan golongan anarki untuk memerintah dan penjenayah yang mengancam rakyat Amerika,” katanya pada konvensyen berkenaan.

Lapor BBC, Biden kini mendahului Trump dalam undian pendapat orang ramai namun masih ada 68 hari lagi sebelum pilihan raya berlangsung.

Tambah laporan itu, kempen pilihan raya antara Trump dan Biden yang bakal berlangsung tidak lama lagi, diramalkan adalah ‘yang terburuk’ dalam sejarah AS.

Dalam pada itu, Biden membalas dakwaan Trump menerusi Twitter rasminya.

“Apabila Trump berkata anda tidak selamat di bawah saya malam ini, lihat sekeliling dan tanya diri anda sendiri, sejauh mana anda rasa selamat di bawah Trump?”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat