Biden Senyum Lebar Inflasi AS Sudah Turun!

407

Ekoran daripada data inflasi yang memberangsangkan, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berharap ia dapat menyelamatkan pentadbirannya dalam pilihan raya pertengahan penggal yang sedang berlangsung.

Ketika berucap pada acara Jawatankuasa Kebangsaan Demokratik di Washington, Biden dengan bangga menyatakan bahawa agenda ekonominya berfungsi.

Ujar beliau, penurunan ini adalah petanda yang sangat positif bagi daya tahan pemulihan ekonomi, namun ia akan mengambil masa untuk mengembalikan inflasi ke paras normal.

Walaupun mengakui bahawa terdapat risiko kemerosotan, namun Biden dan pentadbirannya akan memberi lebih tumpuan untuk menanganinya.

Beliau berkata pengundinya telah menyokong usaha tersebut dan rakyat Amerika akan melihat lebih banyak perubahan dalam beberapa bulan akan datang apabila dasarnya berkuat kuasa.

Meskipun inflasi masih meningkat, data baharu menunjukkan kenaikan harga pengguna berkurangan lebih daripada jangkaan bulan lepas.

Itu adalah tanda yang positif bahawa rekod tertinggi inflasi dalam empat dekad semakin berkurangan, yang mungkin memberi ruang kepada Federal Reserve untuk memperlahankan kenaikan kadar agresifnya.

Sehingga kini, keputusan pilihan raya masih belum diketahui lagi dengan Republikan dilihat mendahului kemenangan kerusi pada kedua-dua Dewan Rakyat dan Senat AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat