Bilakah A.S Akan Mencapai Pemulihan Ekonomi Secara Penuh? Ini Penjelasan Powell!

527

Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell pada hari Selasa telah memulakan perbicaraan pertama beliau di hadapan penggubal undang-undang A.S selama 2 hari. Menurut beliau pemulihan ekonomi A.S secara penuh tidak akan berlaku sehinggalah rakyat A.S yakin bahawa pandemik Covid-19 dapat dikendalikan.

” Pemulihan ekonomi secara penuh hanya dapat dicapai jka orang ramai telah yakin bahawa pandemik Covid-19 dapat diatasi.” kata Powell dalam keterangan awal kepada Jawatankuasa Perbankan Senat. Dalam masa yang sama Powell turut membentangkan langkah-langkah yang diterapkan oleh A.S dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu dan impak dari pandemik Covid-19.

The Fed pada minggu lalu telah mengekalkan kadar faedah iaitu pada kadar mendekati sifar dan telah merincikan pelan ransangan secara besar-besaran untuk jangka waktu beberapa tahun sebagai langkah yang diambil untuk mendorong pertumbuhan ekonomi ditengah peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19.

Lanjut Powell, semakin lama kemorosotan ekonomi terus berlaku maka semakin besar potensi kemelesetan ekonomi berikutan daripada kehilangan pekerjaan tetap dan penutupan perniagaan.

Kongres setakat ini telah memperuntukan hampir $ 3 trilion bantuan kewangan, termasuk saluran dana kepada isi rumah dan penangguhan pinjaman untuk perniagaan kecil. Pada hari Isnin, the Fed telah mengumumkan program pembelian bon korporat , sekaligus mengurangkan kebimbangan terhadap gelombang kedua coronavirus.

Pembelian bon korporat oleh Fed akan dilakukan melalui pasaran sekunder, salah satu daripada inisiatif kecemasan yang dilancarkan berikutan dengan wabak Covid-19.

Menurut Powell, banyak perkara harus dilakukan untuk mencegah kelembapan ekonomi terus berlangsung. Pada ketika ini kira-kira 20 juta orang telah menganggur berikutan wabak ini dan ia telah membunuh lebih dari 115,000 orang di Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat