Bilakah FTX Akan Benarkan Pengeluaran? Akhirnya Kita Ada Jawapan Dari Pihak Berawajib!

259

FTX Japan, cawangan Jepun bagi bursa kripto, merancang untuk membolehkan semula pengeluaran pelanggan pada pertengahan Februari tahun depan selepas menggantung perkhidmatan itu bulan lepas kerana pemfailan kebankrapan syarikat induknya.

FTX Japan sebelum ini berjanji untuk membina sistem baharu yang berbeza daripada yang digunakan oleh syarikat induknya untuk membolehkan pelanggan mengakses dana mereka di platform.

Berdasarkan kemas kini baru-baru ini, bursa pertukaran itu bekerjasama dengan Liquid, platform Jepun yang diperoleh oleh FTX tahun ini untuk membantu pengembangan Asianya, dalam masa yang sama memudahkan proses bayaran balik kepada pengguna.

“Untuk aset yang diamanahkan kepada kami oleh pelanggan kami di FTX Japan dan Liquid Japan, kami meneruskan pembangunan sistem supaya pengeluaran boleh dilakukan”.

Di bawah kerjasama itu, pengguna FTX Japan boleh menyemak baki akaun mereka dan mengeluarkan aset mereka secara langsung daripada halaman web Liquid. Disisi lain, pengguna Liquid boleh mengeluarkan dana mereka pada aplikasi Liquid.

Kedua-dua firma itu menstrukturkan pelan yang komprehensif untuk membantu proses pengeluaran. Kata lain, pelabur boleh mendapatkan semula aset mereka walaupun selepas kebangkrapan syarikat.

FTX Jepun juga bersedia untuk keluar dari pasaran tahun depan selepas melunaskan hutang pelanggannya. Agensi Perkhidmatan Kewangan (FSA) sebelum ini memberi mandat kepada bursa untuk menghentikan beberapa perkhidmatannya yang berkaitan dengan urus niaga derivatif OTC dan margin berkaitan, termasuk pengeluaran. FSA juga menuntut FTX Japan memegang asetnya di dalam negeri dan mengemas kini jumlah liabiliti pada kunci kira-kiranya secara berkala.

Walaupun tuntutan FSA bulan lepas, Biro Kewangan Tempatan Kanto telah mengarahkan FTX Jepun keluar dari pasaran pada 9 Mac 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat