Bill Gates Jadi ‘Nujum Pak Belalang’ Untuk Vaksin COVID-19!

897

 

Sebelum ini, dunia telah digemparkan dengan ramalan Bill Gates terhadap virus coronavirus yang benar-benar berlaku. Terkini, beliau didakwa membuat ramalan berkenaan vaksin COVID-19 pula!

Dalam sepucuk surat yang telah dikirimkan kepada Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, Bill Gates telah menjangkakan bahawa sebuah syarikat farmaseutikal milik negara berkenaan, SK Bioscience,  yang disokong olehnya mampu untuk menghasilkan 200 juta kit vaksin COVID-19 pada bulan Jun tahun hadapan!

Berdasarkan sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat presiden Korea Selatan, jutawan terkemuka dunia yang memegang jawatan sebagai pengasas bersama Microsoft Corp itu dikhabarkan sedang berusaha untuk menjalinkan kerjasama dengan negara tersebut melalui utusan surat pada 20 Julai lalu.

Di samping itu, Gates telah pun mengadakan perbincangan bersama presiden Moon Jae-in melalui panggilan telefon pada bulan April yang lalu berkenaan kerjasama bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan rancangan pembangunan vaksin wabak berkenaan.

Menurut Gates, dunia kini berhadapan dengan persaingan sengit untuk menghasilkan vaksin yang dapat mencegah penularan virus berbahaya. Ianya bukan sahaja membunuh jutaan nyawa bahkan turut memberikan impak negative terhadap ekonomi global. Oleh itu, pelaburan di kilang-kilang di seluruh dunia dapat memastikan wilayah di luar Amerika Syarikat tidak akan ketinggalan dalam usaha mendapatkan bekalan vaksin Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat