BIMB Terbit 222.22 Juta Saham Baharu

1,300

BIMB Holdings Bhd bakal menerbitkan 222.22 juta saham baharu, mewakili 12% daripada modal terbitan saham untuk meraih RM795.6 juta.

Menurut firma terbabit seperti dilaporkan oleh Bernama, penetapan harga berkaitan penempatan sahamnya telah disempurnakan semalam dan menerima lebihan langganan daripada pemegang saham sedia ada dan pelabur baharu.

Lembaga Pengarah BIMB telah menetapkan harga terbitan pada kadar RM3.58 sesaham penempatan, mewakili diskaun kira-kira 9.4% pada harga purata harian saham BHB untuk lima hari urus niaga sehingga termasuk 12 April lalu iaitu RM3.9521 sesaham.

Dalam pada itu, bank berkenaan memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa sekuriti BIMB menyambung semula dagangan pada pukul 9 pagi tadi.

Dagangan BIMB digantung sehingga pukul 5 petang semalam sementara menunggu pengumuman penting berhubung langkah pengumpulan dananya.

BIMB sedang melakukan langkah penstrukturan semula yang dijangka selesai pada Ogos kelak. Anak syarikat milik penuhnya, Bank Islam Malaysia Bhd akan mengambil alih status penyenaraian BIMB di pasaran utama.

Pengendali bursa saham telah meluluskan permohonan itu kelmarin.

Pada pukul 9.57 pagi, saham BIMB didagangkan pada RM3.89.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat