Bimbang Dengan Ekonomi China, Ini Tindakan BlackRock!

625

Institut Pelaburan BlackRock menurunkan taraf saham China kepada neutral daripada overweight susulan kebimbangan terhadap krisis hartanah dan rangsangan terhad oleh kerajaan.

Dalam laporan yang dikeluarkan pada Isnin, pakar strategi BlackRock berkata cabaran struktur dan risiko geopolitik yang berterusan di China memberi gambaran pertumbuhan jangka panjang yang semakin merosot.

Baru sahaja minggu lalu, badan pemikir (think tank) syarikat itu menyatakan harapan untuk langkah rangsangan China, dengan berkata inflasi yang lemah boleh wujudkan ruang kepada lebih banyak pelonggaran dasar.

Kali terakhir syarikat itu menarikkan taraf saham China adalah pada Februari kepada overweight yang mengatakan terdapat peluang jangka pendek untuk ekonomi China bangkit daripada pembukaan semula sekatan Covid-19.

Pun begitu, prestasi saham China semakin memburuk sejak itu, menyaksikan indeks Hang Seng junam lebih 20% daripada paras tertinggi Januari dan indeks MSCI China rugi 13%.

Ini susulan ekonomi negara itu terus bergelut dengan risiko ‘default’ atau kemungkiran hutang dalam pasaran hartanah dan pemulihan yang lemah dalam penggunaan domestik.

Walaupun kerajaan telah mengumumkan pelbagai langkah rangsangan sejak Julai, namun kesannya terhadap ekonomi adalah terhad.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat