“Adakah harganya akan naik lepas pembakaran ni? Ataupun tak berganjak langsung?”
Binance membakar 1.41 bilion Terra Luna Classic (LUNC) dalam kumpulan ke-12 mekanisme pembakaran, di mana jumlah dibakar bursa mata wang kripto tersebut cecah 37 bilion manakala jumlah pembakaran oleh komuniti pula melebihi 71.5 bilion LUNC.
Dilaporkan, Binance menghantar 1.41 bilion LUNC ke address pembakaran untuk mengurangkan bekalan edaran aset digital tersebut kemudian urus niaga itu juga termasuk yuran transaksi sebanyak 7.06 juta LUNC.
Kumpulan ke-11 mekanisme pembakaran LUNC adalah untuk tempoh 30 Jun hingga 30 Julai 2023 dan Binance baru-baru ini telah membakar 37 bilion LUNC daripada yuran dagangan pada pasangan dagangan spot serta margin aset digital itu.
Pada Julai 2023, Binance telah membakar sebanyak 2.65 bilion LUNC dan kadar pembakarannya meningkat drastik pada tahun lepas semasa sentimen berada dalam keadaan positif susulan daripada naik taraf aplikasi AI Block Entropy profesor Edward Kim.
Selain itu, komuniti didapati membakar 71.5 bilion LUNC melepasi pencapaian 70 bilion LUNC baru-baru ini, jadi di sini dapat dilihat pembakaran oleh komuniti sudah kembali aktif dengan 800 juta USTC akan dibakar daripada Protokol Ozon.
Menerusi pemerhatian, LUNC dan USTC masing-masing telah jatuh sebanyak 2% serta 7% apabila Hakim Rakoff tidak bersetuju dengan usul Terraform Labs termasuk Do Kwon yang ingin tolak tuntutan mahkamah dihadapinya melalui keputusan Hakim Analisa Torres berhubung Ripple (XRP).
Setakat penulisan ini, harga LUNC melonjak sebanyak 2.75% pada paras $0.00008 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $470 juta tetapi tetap merekodkan penurunan 0.53% sepanjang minggu lepas.