Binance Bakar 16 Juta Token BNB, Punca Harga Meningkat

169

“Lepas ni boleh lonjak sampai paras harga $400 pula ke?”

Mata wang kripto Binance Coin (BNB) mendaki 2% mencapai paras $315 selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance, Changpeng Zhao (CZ) membakar lebih 16 juta BNB (ERC-20)* untuk ditukarkan kepada versi BEP2.

*Piawaian dilaksanakan untuk non-fungible token (NFT) yang dibuat menggunakan blockchain Ethereum (ETH)

Menurutnya, beliau akan membakar lagi sejumlah besar BNB dalam tempoh terdekat ini namun CZ ingatkan kepada setiap individu untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang dapat menyebabkan pelabur terkesan.

Sejak pelancaran blockchain BNB, BNB ERC20 yang dipegang oleh sesetengah pelabur telah ditukar kepada versi berbeza selain mendepositkan hampir 16 juta aset digital tersebut ke wallet Binance pada 29 Januari.

Seorang individu Twitter didapati menyokong tindakan CZ tersebut susulan pembakaran BNB ERC20 tidak akan dikira dalam pembakaran suku tahunan atau membawa kesan kepada pengedaran keseluruhan aset digital itu.

Terdahulu pada 17 Januari, Binance bertindak membakar hampir 2 juta BNB ketika pembakaran suku tahunan ke-22 melalui penggunaan sistem Auto-Burn bagi mengurangkan jumlah bekalan pengedaran kepada 100 juta aset digital tersebut.

Sehingga kini, volum dagangan BNB masih menyusut dalam tempoh 24 jam terakhir walaupun terdapat sejumlah pembakaran aset digital tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat