Binance Keluarkan SHIB & 3 Kripto Lain Dari Zon Inovasi!

695

“Akhirnya, Binance mula nampak dah potensi 4 kripto ini.”

Pada hari ini dikejutkan dengan berita mengenai syarikat exchanger mata wang kripto terbesar di dunia Binance yang bertindak mengeluarkan Shiba Inu (SHIB), 1INCH, Trust Wallet Token (TWT) serta Frax (FXS) daripada Zon Inovasi.

Melalui penyenaraian kripto tersebut dalam Zon Inovasi, Binance membenarkan pengguna berdagang projek baharu tetapi tetapi memberi amaran kepada mereka tentang risiko yang mungkin dihadapi jika melabur dalam token baharu.

Walau bagaimanapun, Binance rancang memindahkan SHIB, 1INCH, TWT dan FXS keluar dari Zon Inovasi dan pengguna akan mempunyai akses penuh kepada keempat-empat aset digital tersebut mulai hari Selasa esok.

Umum mengetahui bahawa Binance secara berskala akan menyemak projek yang disenaraikan dalam Zon Inovasi, dan memandangkan aset digital itu telah membuktikan nilainya serta memenuhi tahap standard tinggi maka ia perlu dikeluarkan daripada senarai.

Antara beberapa faktor yang dipertimbangkan oleh Binance semasa tinjauan projek berikut adalah komitmen pasukan projek, kualiti aktiviti pembangunan, volum dagangan dan kecairan, kestabilan, keselamatan rangkaian, saiz komuniti serta komunikasi projek.

Selain itu, Binance turut menyemak perkembangan projek, sumbangan kepada komuniti kripto dan bukti amalan tidak beretika.

Suka dimaklumkan bahawa jumlah wallet yang memegang SHIB semakin melonjak apabila terdapat peningkatan dalam jumlah dagangan, aktiviti pembangunan dan penyertaan komuniti selepas pelancaran Shibarium Beta “Puppynet” pada bulan lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat