Bitcoin ‘Berdarah’ Semula Sebab FED Tak Jadi Naikkan Kadar Faedah 25 Mata Asas?

288

“Apa-apa pun pelabur kena tunggu je keputusan oleh Fed esok, jangan buat tindakan melulu.”

Susulan terdapat pandangan yang menjangkakan Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan meneruskan pengetatan dasar monetari, harga mata wang kripto Bitcoin (BTC) menjunam 4.4% pada paras $22,836 dalam tempoh 24 jam lalu dan Ethereum (ETH) pula susut 6%.

Namun sebelum ini majoriti melihat Fed akan menaikkan kadar faedah lebih perlahan iaitu sebanyak 25 mata asas sahaja pada mesyuarat di awal Februari ini.

Ketidaktentuan tersebut telah memberi kesan negatif terhadap pasaran kripto dan mengganggu momentum positif kripto-kripto utama sebelum ini.

Beberapa pakar berpendapat BTC mampu menjunam semula walaupun dalam tempoh 30 hari lalu harganya mencanak sebanyak 37%.

Selain BTC dan ETH, Solana (SOL) adalah antara aset digital yang paling terkesan apabila menurun sebanyak 10% pada zon harga $23.92 diikuti dengan saham S&P500 tergelincir 1.1% dan Nasdaq junam 1.7%.

Hal ini kerana kebanyakan pelabur telah menjual aset berisiko mereka seperti BTC selepas terdapat jangkaan yang menyebut Fed mungkin akan meneruskan dasar monetari secara agresif untuk mengawal inflasi AS.

Pada tahun lepas, pelabur didapati lebih berminat terhadap dolar AS berbanding BTC ataupun saham teknologi ekoran Fed bertindak menaikkan kadar faedah tujuh kali ganda.

Diperjelaskan lebih lanjut, Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas empat kali berturut-turut namun kemudiannya mula memperlahankan sedikit pada 50 mata asas pada mesyuarat akhir tahun lalu.

Rentetan itu, penganalisis meramalkan Fed akan menaikkan kadar faedah 25 mata asas pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada awal pagi Khamis, tetapi sebahagian penganalisis percaya bahawa kenaikan 50 mata asas mungkin terjadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat