Bitcoin Berjaya Menembusi $6,000 & Capai Harga Tertinggi Terbaru $6,300 Pada Isnin

84

Harga Bitcoin menembusi paras harga $6,000 pada Isnin sehingga merekod paras tertinggi terbaru di $6,300. Pelabur-pelabur matawang Crypto seakan tidak mengendahkan berita-berita negatif tentang Bitcoin sejak beberapa minggu lalu. Baru-baru ini, terdapat spekulasi kemunculan Bitcoin Gold selepas penciptaan Bitcoin Cash pada Ogos.

Setakat pukul 3.51 petang pada Selasa, harga Bitcoin berada di sekitar $6,093.

Tahun 2017 adalah tahun paling banyak terdapatnya event (peristiwa) yang memberi impak kepada pasaran. Bitcoin tidak terkecuali daripada menjadi tajuk perbualan dan perbincangan di kaca-kaca televisyen global seperti Bloomberg, Reuters dan CNBC.

Antara insan berpengaruh yang banyak memberi komen negatif kepada Bitcoin adalah Jamie Dimon yang berkata Bitcoin adalah ‘penipuan’. Manakala billionaire Peter Thiel berkata, “Orang ramai memandang rendah matawang Crypto dan ia sebenarnya mempunyai potensi besar.”

J.P. Morgan Chase dua minggu lalu melancarkan rangkaian proses pembayaran baru yang menggunakan teknologi blockchain. Pelancaran ini adalah hasil usahasama dengan Royal Bank of Canada (RBC) dan, kumpulan perbankan Australia dan New Zealand.

BlockChain iaitu salah satu wallet digital bagi menyimpan Bitcoin dan urusan transaksi keluar masuk. BlockChain adalah satu-satunya wallet digital yang banyak digunakan oleh pemilik Bitcoin di seluruh dunia.

Sebelum ini regulator di China menghalang operasi pertukaran matawang Crypto pada September. Regulator lain seperti Jepun pula lebih mengalu-alukan matawang digital. Namun, terdapat spekulasi bahawa China akan menarik semula halangan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat