Bitcoin (BTC) Kembali Pulih? Ini Perkara Yang Perlu Diketahui Para ‘Trader’!

2,147

Harga bitcoin kembali melantun semula melebihi $30,000 selepas jatuh ke paras terendah 2022 di paras $25,000 berikutan para pelabur mula menghadam keruntuhan stablecoin UST Terra.

Bitcoin terakhir didagangkan  pada $30,754.75, pengukuhan sebanyak 7% dalam tempoh 24 jam. Pada hari Khamis harga BTC telah jatuh serendah $25,401.29, titik paling lemahnya sejak Disember 2020.Bitcoin kini dalam fasa menuju kepada penutupan dagangan mingguan yang rendah dan ini jika terjadi ia menjadikan kejatuhan tujuh minggu berturut-turut. Sementara itu, Ethereum kehilangan 8% dan kini didagangkan pada $2,130.90.

Bitcoin dan Ethereum kedua-duanya berada pada paras mingguan yang terburuk sejak Mei 2021 iaitu hampir setahun yang lalu dengan masing-masing turun 15% dan 22%. Pasaran kripto sedang bergelut sepanjang tahun di tengah-tengah kegawatan pasaran yang lebih luas. Bitcoin, yang terus mendahului harga mata wang kripto, kekal sangat berkorelasi dengan saham teknologi, dan niaga hadapan Nasdaq, dimana ia turut meningkat lebih tinggi pada pagi Jumaat.

Pada minggu ini dilihat satu episod yang mengerikan bagi pelabur mata wang kripto kerana pasaran berhadapan dengan menyaksikan keruntuhan stablecoin UST dan token luna Terra. Terra telah membeli bitcoin sebanyak berbilion-bilion untuk rizab USTnya, namun apabila pecahnya sandaran US dolar, semua rizab bitcoin terpaksa digunakan untuk penyelamatan.

Bitcoin sedang menguji tahap psikologi utama pada $30,000 kerana ramai pelabur mengalami kejatuhan besar-besaran, Sebelum kejatuhan di bawah paras $30,000 berkali-kali, bitcoin didagangkan kira-kira $38,000 dan $45,000 tahun ini, jauh daripada paras tertinggi sepanjang masa November melebihi $68,000.

Sebahagian penganalisis berpendapat paras dagangan $30,000 adalah sangat penting, justeru bitcoin tidak dapat memegang paras $30,000 ia boleh jatuh lebih jauh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat